Program Cuti Sekolah
22 November 2015 | Aktiviti TerkiniCuti sekolah yang berlangsung pada 21 November 2015 hingga 18 Disember 2015, Pusat Internet telah mengadakan Program Cuti Sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah disamping menambah ilmu pengetahuan didalam bidang ICT.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
-Dapat menambah ilmu baru berkaitan dengan ICT
-Mengajar ilmu asas berkaitan perkakas komputer dan cara penggunaan computer.
-Pelajar dapat mengetahui pelbagai ilmu asas berkaitan Microsoft office yang boleh diguna pakai untuk tujuan pembelajaran.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
-Tayangan Perdana (English movie)
-Klik Dengan Bijak
-layari internet dengan selamat
-netiquette
-buli cyber
-tohmahan di alam cyber
-Intel learn easy step
-Pengenalan internet & Microsoft office
-Video Editing (movie maker)
-Google maps & google earth
Perlaksanaan utama aktiviti:
Tayangan Perdana (English Movie)
Klik Dengan Bijak
Kempen keselamatan ketika menggunakan Internet
Intel Learn Easy Step
Memperkenalkan kegunaan internet & mengajar kemahiran asas Microsoft office yang boleh diaplikasi pada masa akan dating.
Video Editing (Movie Maker)
Aplikasi mengedit video yang menarik dan dapat menggabungkan beberapa video dan gambar bagi tujuan persembahan.
Google Maps & Google Earth
Ramai pelajar yang masih tidak mengetahui kewujudan dua aplikasi google maps & google earth, dan sesi pembelajaran ini dapat menambah ilmu ICT mereka. Pelajar dapat menerokai pelbagai tempat di dalam dan di luar negara. Aplikasi ini dapat membantu pelajar dalam mata pelajaran geografi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: